Wednesday, February 18, 2015

 Program Diploma Lanjutan Kebidanan (DLK)

Februari 2014, kembali meneraju program DLK setelah sekian lama ditinggalkan.  Ketika ini pelajar telah mendaftar dalam semester II.

Ok... untuk makluman, program DLK ni merupakan pengajian post diploma, yang dikendalikan dalam 1 tahun, sepenuh masa.  DLK dijalankan dalam 2 semester dengan pembahagian 6 bulan bagi setiap semester.



Semasa Semester I, pelajar perlu mendaftar 5 Kursus utama iaitu:


  1. Pendidikan Pesakit dan kaunseling
  2. Pengambilan Sejarah dan Pemeriksaan Fizikal
  3. Anatomi, fisiologi dan farmakologi dalam Obstetrik 
  4. Modul Antepartum
  5. Modul Intrapartum
Semester II pula:

  1. Penyelidikan dalam Kebidanan
  2. Modul Pospartum
  3. Modul Neonatologi
  4. Modul Kesihatan Wanita
  5. Modul Jagaan Komuniti: Keluarga & Budaya
DLK ni memang area saya... suke sangat2 mengajar program ni.

Kursus ni adalah pengkhususan bidang kebidanan khusus buat para jururawat terlatih yang berminat untuk menjadi mak bidan terlatih.



Di akhir pengajian 1 tahun, para pelajar akan menduduki peperiksaan khas untuk kemasukan ke Daftar Lembaga Bidan Malaysia (LBM).  So, para pelajar yang telah lulus definitely telah berdaftar dengan LJM dan juga LBM.

So... sesiapa jururawat terlatih yang berminat dan memenuhi syarat bolehlah hantar permohonan di www.guess.ukm.my

Pelajar-pelajar saya kesemuanya jururawat terlatih yang telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).  Dengan syarat kemasukan telah bekerja lebih dari 3 tahun dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bertugas dalam disiplin Obstetrik dan Ginekologi.
See u......



Dari meja editor:












~Cikgu Mak Bidan~