Wednesday, February 18, 2015

 Program Diploma Lanjutan Kebidanan (DLK)

Februari 2014, kembali meneraju program DLK setelah sekian lama ditinggalkan.  Ketika ini pelajar telah mendaftar dalam semester II.

Ok... untuk makluman, program DLK ni merupakan pengajian post diploma, yang dikendalikan dalam 1 tahun, sepenuh masa.  DLK dijalankan dalam 2 semester dengan pembahagian 6 bulan bagi setiap semester.



Semasa Semester I, pelajar perlu mendaftar 5 Kursus utama iaitu:


  1. Pendidikan Pesakit dan kaunseling
  2. Pengambilan Sejarah dan Pemeriksaan Fizikal
  3. Anatomi, fisiologi dan farmakologi dalam Obstetrik 
  4. Modul Antepartum
  5. Modul Intrapartum
Semester II pula:

  1. Penyelidikan dalam Kebidanan
  2. Modul Pospartum
  3. Modul Neonatologi
  4. Modul Kesihatan Wanita
  5. Modul Jagaan Komuniti: Keluarga & Budaya
DLK ni memang area saya... suke sangat2 mengajar program ni.

Kursus ni adalah pengkhususan bidang kebidanan khusus buat para jururawat terlatih yang berminat untuk menjadi mak bidan terlatih.



Di akhir pengajian 1 tahun, para pelajar akan menduduki peperiksaan khas untuk kemasukan ke Daftar Lembaga Bidan Malaysia (LBM).  So, para pelajar yang telah lulus definitely telah berdaftar dengan LJM dan juga LBM.

So... sesiapa jururawat terlatih yang berminat dan memenuhi syarat bolehlah hantar permohonan di www.guess.ukm.my

Pelajar-pelajar saya kesemuanya jururawat terlatih yang telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).  Dengan syarat kemasukan telah bekerja lebih dari 3 tahun dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bertugas dalam disiplin Obstetrik dan Ginekologi.
See u......



Dari meja editor:












~Cikgu Mak Bidan~

Monday, September 16, 2013

LIBURAN JAKARTA BANDUNG

Tanggal 4 hingga 8 September 2013

First time ke negara jiran Indonesia...pergi bersama my hubby; Yasril & my ezzat, turut sama...famili sebelah my hubby ...mak mertua, angah (adik mak mertua), juga adik ipar dan famili (Aida, Zaha & Johan).

Sampai je di Jakarta, kitorang terus ke Bandung...naik cruise yg muat 12 org...ambik supir dari the famous Pak Teddy, melalui Kak Ina, yg mmg menguruskan sewa kenderaan di Indonesia....ermmmm...my hubby dpt info about them dari mforum yg terkenal tu..

Dari Jakarta ke Bandung ambik masa dlm 3 jam....boleh tahan jugak 'mancet' (istilah jam di Indo)..
Sampai je Bandung terus ke kedai bos supir...Pak Teddy...ada jual kain sulam, pelbagai jenis, kaler dan corak telekung pun ada...kaler dahsyat2 tu....bukan putih je tau!...


Kain ngan telekung di kedai PT ni murah2 la...boleh la...tapi harga dah xleh nk tawar sgt coz dia dah letak best price..berbaloi dah pun..



Esoknya kitorang pegi Takuban Perahu di daerah Bogor klau xsilap...tempat gunung berapi yang terkenal dengan dongeng si anak teruna yg ingin menyunting ibunya sendiri yg kononnya sangat jelita...akibat marah cinta terhalang, si anak marah lalu menyepak perahu hingga terbalik....gitu lah asal usul nama takuban perahu....sbb perahu yg tertangkup...xtaulah klau penceritaan saya ni betol ke tak yea....hihihi..

 Nilah delegasi kitorang...

 This is me and my darling hubby...


 and this is my darling son ezzat..





Kat takuban perahu ni....yarabbii...ramainya peminat mengekori disepanjang jalan...sebaik kitorang keluar dari van...sepanjang merayau2 melihat pemandangan...dan sehinggalah kitorang nak masuk balik dlm transport...nak tau kenape?.... bukan peminat ponn...diorg masing2 sibuk mempromosikan barang2 jualan...ermm...memujuk2, memaksa2 kita beli.....bayangkan seorg pelaancong (err kitorang ler pelancong tu...) ada 3 ke 4 org penjaja yg hurung....klau dilihat dari jauh...pelancong2 tu xnampak pun coz tenggelam dlm kawanan penjaja...yg best nyer jual angklung, mula letak harga 500.000 rupiah...sambil2 jalan tawar...450, 400, 350, 300, 350, 300, 250, 200, 180, 150....last katanya....bila kitorang dah dlm transport...100.000 rupiah...bisalah pak....hihihi ingat saje2 letak 100.000 tu coz ingat sure dia xnak...xniat nak beli pon....alih2 boleh pulak 100.000....so beli jelah...sian pulak...


tengok tu ramainye penjaja yang menawarkan barang2 jualan mereka...

 Hotel The New Sany Rosa.. tempat kitorang menginap di Bandung

 Sempat jugak gi Safari... tengok satwa tu... diorang yang bebas, kitorang pulak ala2 dlam sangkar..

Ni nak gi tengok animal show...

Actually banyak lagi nak cerita... nanti la sambung...
to be continue.....


Sunday, February 5, 2012

Fikir-fikir panjang

Cuti..cuti...nak bercuti lagi...sedang dalam cuti...
`Cuti'...sounds great...bestnyer... ee...seronok....dapat bercuti luar dari negara plak tu....
plus minus............positif negatif perlu diambil kirak jugak dalam bercuti ni..
impak yang baik amat didoakan...impak yang tidak baik...risau berkemungkinan...dipanjatakn doa moga tidak terpalit semasa cuti..........

Implikasi yang lalu masih terasa..........simpang malaikat 44 janganlah berulang.....
trajedi dijadikan tauladan untuk masa mendatang...
jadikan iktibar dan garispanduan untuk mengelakan
sebarang perkara yang tidak diingini dari berlalu kembali.

"Family First!..."....... walauapapun, biarlah anak, isteri/suami diutamakan....
kerana mereka intipati sebuah keluarga
susah senang tetap bersama keluarga...

Jaga hati, jaga tutur & kata, kekalkan kasih sayang, sentuhan kasih sayang.. pada pasangan
insyaAllah....segalanya ok....
Usah malu, usah segan....pamerkan kasih sayang, caring dan responsibility pada anak isteri biar didepan awam....kerana mereka buah hati dalam diri anda...

Moga percutian ini memberi makna dan kenangan yang indah dimasa hadapan
semoga tidak `fikir-fikir panjang' setiap kali hendak bercuti....






Tuesday, August 2, 2011

Cuti Belajar....







Cuti belajar sepenuh masa...sounds very wow...best!.... the true color is... haiyaa.... 10sen nyer... sine masalahnya?... banyak mun nak cerita.... rasa2 sapa yang tengah cuti belajar full time pun boleh guess pa masalahnya....




Aku dah bosan...aku dah bosan... kata amy search...











kadang-kadang rasa semangat na... esp bila idea datang mencurah2, bila time top block... rasa eeee... cam nak res....tuttt.... as a result....drag lamak alu sik di agak... alu gago nangga tb cita korea.




urang lain dah mansang ke depan nun... kita tok rasa alu di tinggal di belakang... tapi kata si ...tutttt... its ok.. don wori... sapa sik wori owh?... kitalah yang paling wori....


anyway, just enjoy the `....... leave.... (the word `study' in front had been removed...hehehhee)...


but for sure... sik juak ketinggalan jauh....


kesimpulannya:

PhD =


1. Permanent Head Damage?

2. Permanent Heart Disease?

3. Perasaan Hasad Dengki?

4. Pelajaran Habis Dah?

lagi??.......































i very positve that i can do it... caiyok! caiyok!....fighting!.fighting!...




















Thursday, April 21, 2011

Recovery...



Lamanya dah tak jengok my blog... hampir pupus dah... nasib baik boleh recover balik... password pun dah lupa....






Untuk pengetahuan semua time ni.. I tengah full time study leave...errmm study nye skit... leave nye yang lebih ni....






Bila dah jadi student balik ni, tension pun ada gak.... supervision much better time buat master dulu...






Unfortunately, bila study kat tanahair, esp di tempat sendiri.... walaupun "Full Time" tetap kene involve dengan urusan ofis.... boleh dilantik jadi examiner pulak tu...






Actually, boleh ke status student jadi examiner... to assess students pulak tu...






Walau apa pun, study..study gak, keje keje gak...



chowww... smbung next time...



ni nak warm up balik je...

Sunday, September 6, 2009

Happy Birthday My Hubby

Tanggal 7 September 1970, telah lahir seorang bayi lelaki (BBA ~ Birth Before Arrival) di dalam sebuah kereta..volkswagen..oleh seorang ibu yang bernama Puan Fatimah Jaafar, hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Allahyarham En Mohamed Yunus Bin Buyong Ludin.
Setelah lebih 3 dekat, bayi ini telah pun menjadi seorang lelaki yang dewasa dan mempunyai sebuah keluarga sendiri yang kecil tetapi agar besar saiz nya. Mendirikan mahligai bersama gadis idaman bernama Roziah Arabi yang tanah kelahirannya di seberang Laut China Selatan, tetap dipertahankan cintanya biarpun sedikit kepayahan. Hasil perkahwinan melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Ezzatfitry, yang kini telah berusia 12 tahun

Lelaki ini, merupakan seorang suami, ayah, anak, cucu, abang, adik, ipar, sepupu, doktor dan juga sahabat pada mereka disekelilingnya seharian.
Lelaki ini menjadi tunggak dan tulang belakang utama bagi sebuah keluarga kecil yang menduduki teratak batu di tengah2 bandar kecil bernama Bandar Mahkota Cheras.

Lelaki ini tidak pernah melontarkan atau meninggikan vokalnya di teratak ini. Kasih sayang tetap teguh biarpun tiada ungkapan yang membuktikannya. Namun seisi teratak ini maklum akan hatinya, kasih sayangnya dan perhatiannya pada keluarga kecil ini.

Sempena 7 September 2009, penghuni teratak ini, mama dan fitry..mengucapkan selamat hari jadi abah..moga panjang umur dan hidup diberkati oleh Nya sentiasa.

Kami sayang Abah...muah..muah..

Saturday, August 15, 2009

Majlis Konvokesyen ke 37 UKM


Tanggal 15 Ogos 2009, merupakan hari pertama masjlis konvo ke 37 UKM. Sidang 1, menyaksikan tarikh bersejarah, HOD Department of Nursing naik stage ambil anugerah PhD. Tumpang bangga diatas pencapaian beliau; Dr Hamidah Hassan.

Sidang 2, menyaksikan siswa-siswi Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian (kumpulan pertama kemasukan 4 tahun dari matrikulasi).


Ape-ape pun, gambar tetap gambar, so as ada peluang, kenelah ambik gambar gak..hehehe...19 Ogos nanti, my student plak (Diploma Lanjutan Kebidanan). So jumpa lagi next post..