Sunday, September 6, 2009

Happy Birthday My Hubby

Tanggal 7 September 1970, telah lahir seorang bayi lelaki (BBA ~ Birth Before Arrival) di dalam sebuah kereta..volkswagen..oleh seorang ibu yang bernama Puan Fatimah Jaafar, hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Allahyarham En Mohamed Yunus Bin Buyong Ludin.
Setelah lebih 3 dekat, bayi ini telah pun menjadi seorang lelaki yang dewasa dan mempunyai sebuah keluarga sendiri yang kecil tetapi agar besar saiz nya. Mendirikan mahligai bersama gadis idaman bernama Roziah Arabi yang tanah kelahirannya di seberang Laut China Selatan, tetap dipertahankan cintanya biarpun sedikit kepayahan. Hasil perkahwinan melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Ezzatfitry, yang kini telah berusia 12 tahun

Lelaki ini, merupakan seorang suami, ayah, anak, cucu, abang, adik, ipar, sepupu, doktor dan juga sahabat pada mereka disekelilingnya seharian.
Lelaki ini menjadi tunggak dan tulang belakang utama bagi sebuah keluarga kecil yang menduduki teratak batu di tengah2 bandar kecil bernama Bandar Mahkota Cheras.

Lelaki ini tidak pernah melontarkan atau meninggikan vokalnya di teratak ini. Kasih sayang tetap teguh biarpun tiada ungkapan yang membuktikannya. Namun seisi teratak ini maklum akan hatinya, kasih sayangnya dan perhatiannya pada keluarga kecil ini.

Sempena 7 September 2009, penghuni teratak ini, mama dan fitry..mengucapkan selamat hari jadi abah..moga panjang umur dan hidup diberkati oleh Nya sentiasa.

Kami sayang Abah...muah..muah..

Saturday, August 15, 2009

Majlis Konvokesyen ke 37 UKM


Tanggal 15 Ogos 2009, merupakan hari pertama masjlis konvo ke 37 UKM. Sidang 1, menyaksikan tarikh bersejarah, HOD Department of Nursing naik stage ambil anugerah PhD. Tumpang bangga diatas pencapaian beliau; Dr Hamidah Hassan.

Sidang 2, menyaksikan siswa-siswi Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian (kumpulan pertama kemasukan 4 tahun dari matrikulasi).


Ape-ape pun, gambar tetap gambar, so as ada peluang, kenelah ambik gambar gak..hehehe...19 Ogos nanti, my student plak (Diploma Lanjutan Kebidanan). So jumpa lagi next post..

Akhirnya

Akhirnya, dapat gak result n awarded Master of Nursing. Thanks to both my supervisors; Dr Jane Neill (principle) and Dr Allison Hutton (Co) for their support, courage and supervising my thesis.

Kiv nak gi konvo december this year, tengoklah kalau ada budget. Rugi plak kalau tak gi konvo kat foreign U. Maybe tak sama ngan konvo di Msia.

Hopefully, murah rezeki, so boleh lah gi with my family.


Friday, July 31, 2009

Miss my blog..


Dah lama tak login to my blog especially since back in Malaysia. Banyak yang dah berubah....rutin kehidupan, environment, wheather, and so..my image.


Sejak balik ke Malaysia ni, agak sibuk dengan thesis yang tak habis2...akhirnya settle gak. Di Jab Kejururawatan, PPUKM (dulu HUKM).. involved in Midwifery program. Now, I'm coordinating 'Siswazah Lanjutan Kebidanan' sesi 2009/2010.


Concurrently, awaiting for my final transcript. Prosedur tuk dapatkan final result agak 'siput' sikit, coz it depends on the two examiners...suppose it takes only 2 months, but sampai la ni dah nak masuk 4 bulan. Principle supervisor plak cuti till mid July, so takde org boleh tolong uruskan kat sana...


Anyway, everything settled. Just wait..