Sunday, September 6, 2009

Happy Birthday My Hubby

Tanggal 7 September 1970, telah lahir seorang bayi lelaki (BBA ~ Birth Before Arrival) di dalam sebuah kereta..volkswagen..oleh seorang ibu yang bernama Puan Fatimah Jaafar, hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Allahyarham En Mohamed Yunus Bin Buyong Ludin.
Setelah lebih 3 dekat, bayi ini telah pun menjadi seorang lelaki yang dewasa dan mempunyai sebuah keluarga sendiri yang kecil tetapi agar besar saiz nya. Mendirikan mahligai bersama gadis idaman bernama Roziah Arabi yang tanah kelahirannya di seberang Laut China Selatan, tetap dipertahankan cintanya biarpun sedikit kepayahan. Hasil perkahwinan melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohd Ezzatfitry, yang kini telah berusia 12 tahun

Lelaki ini, merupakan seorang suami, ayah, anak, cucu, abang, adik, ipar, sepupu, doktor dan juga sahabat pada mereka disekelilingnya seharian.
Lelaki ini menjadi tunggak dan tulang belakang utama bagi sebuah keluarga kecil yang menduduki teratak batu di tengah2 bandar kecil bernama Bandar Mahkota Cheras.

Lelaki ini tidak pernah melontarkan atau meninggikan vokalnya di teratak ini. Kasih sayang tetap teguh biarpun tiada ungkapan yang membuktikannya. Namun seisi teratak ini maklum akan hatinya, kasih sayangnya dan perhatiannya pada keluarga kecil ini.

Sempena 7 September 2009, penghuni teratak ini, mama dan fitry..mengucapkan selamat hari jadi abah..moga panjang umur dan hidup diberkati oleh Nya sentiasa.

Kami sayang Abah...muah..muah..

No comments:

Post a Comment