Tuesday, August 26, 2008

Riadah di Salmoun Ponds

Ni kat tempat mancing ikan tak jauh dari Lake Mountain, dalam 5 km je kot. Hari pertama plan nak gi main salji kat Lake Mountain (Sabtu, 16 Ogos 2008) kitorang takleh naik mountain tu coz tak cukup peralatan, tak tau plak kene sewa chain tyre. Benda tu tuk letak kat tayar kete untuk keselamatan coz jalan naik mountain tu mungkin licin.
Alang-alang takleh naik mountain, kitorang singgah kejap, layan salmon kat tasik tu. Murah je bayar masuk, fishing rod, bait, net semua dia sediakan.

Haa..tu fitry dah dapat ikan pertama, kejap je letak dalam 10 saat dah tenggelam pelamupung tu coz kene sentap ikan.

Ha..nilah ikan salmonnya, fitry dapat tangkap yang betina, besar gak...

Ha..abah plak dapat tumpaskan salmon yang jantan...
Bila senang sangat nak dapat ikan, tak syok plak, yelah..baru beberapa saat letak dah di sentap, dapat 2 je terus baliklah, coz kalau mancing lagi, ikan kene ambik plak tu.
Ni lah ikan yang kitorang pancing tu...ikan sini takleh lepaskan balik ke tasik, takut dia stress and die...kata owner tasik nilah..hehehe...
Nak tau mane betina mane jantan?...
Yang betina badan dia lebar, kepala kecil skit dan badan dia pendek.
Manakala jantan plak, badan dia lonjong/panjang skit.
Gambar: ikan yg pendek atas betina, bawah jantan
Ikan ni bukan free tau...kene bayar ikut harga pasaran.
Untuk dua ekor ni kitorang kene AUD30.00 gak lah.
Tapi lepaslah makan malam...hehehe





No comments:

Post a Comment