Wednesday, August 27, 2008

Video main salji


Abah ngan fitry tengah main salji guna toboggan.

Tuesday, August 26, 2008

Riadah di Salmoun Ponds

Ni kat tempat mancing ikan tak jauh dari Lake Mountain, dalam 5 km je kot. Hari pertama plan nak gi main salji kat Lake Mountain (Sabtu, 16 Ogos 2008) kitorang takleh naik mountain tu coz tak cukup peralatan, tak tau plak kene sewa chain tyre. Benda tu tuk letak kat tayar kete untuk keselamatan coz jalan naik mountain tu mungkin licin.
Alang-alang takleh naik mountain, kitorang singgah kejap, layan salmon kat tasik tu. Murah je bayar masuk, fishing rod, bait, net semua dia sediakan.

Haa..tu fitry dah dapat ikan pertama, kejap je letak dalam 10 saat dah tenggelam pelamupung tu coz kene sentap ikan.

Ha..nilah ikan salmonnya, fitry dapat tangkap yang betina, besar gak...

Ha..abah plak dapat tumpaskan salmon yang jantan...
Bila senang sangat nak dapat ikan, tak syok plak, yelah..baru beberapa saat letak dah di sentap, dapat 2 je terus baliklah, coz kalau mancing lagi, ikan kene ambik plak tu.
Ni lah ikan yang kitorang pancing tu...ikan sini takleh lepaskan balik ke tasik, takut dia stress and die...kata owner tasik nilah..hehehe...
Nak tau mane betina mane jantan?...
Yang betina badan dia lebar, kepala kecil skit dan badan dia pendek.
Manakala jantan plak, badan dia lonjong/panjang skit.
Gambar: ikan yg pendek atas betina, bawah jantan
Ikan ni bukan free tau...kene bayar ikut harga pasaran.
Untuk dua ekor ni kitorang kene AUD30.00 gak lah.
Tapi lepaslah makan malam...hehehe





Vacation at Lake Mountain, Melbourne

Percutian di Lake Mountain, one of snowy mountain in Melbourne.

Ni mama n fitry kat entrance Lake Mountain

Ni kat Trail 1 (kira level yang rendah sikit, selamat tuk pemain2 baru n kanak-kanak).

Haa..benda orange nilah toboggan.

Ni baru luncuran yang pertama mama n fitry kt salji tu.
Haa..ni abah tengah slide ngan toboggannya

Ni kat tepi track main toboggan tu, relax jap coz penat gak nak naik atas, klau turun senang je, slide ngan toboggan je..hehehe


Wah fitry, siap landing lagi yek..maklumlah first time jumpa salji. Bukannye tido tu..acah2 je...
Biasalah fitry...kan






Ni abah n fitry, acah2 je makan ais tu..
Bukan boleh makan pun, coz dia dah campur2 ngan ranting2 kayukan..





Seronok gak dapat main salji ni, next time kalau ada rezeki n panjang umur boleh gi lagi, tapi gi tempat yang lain plak.

Monday, August 4, 2008

Jalan-jalan ke Cape Jarvis

Cape Jarvis ialah tempat terminal feri untuk pegi ke Kangaroo Island. Taklah jauh sangat, dalam 2 jam perjalanan ikut hadlaju yang disyorkan...Mula-mula bertolak kami ikut Southern Expressway, nasib baik bukak untuk hala ke sana. Tapi highway tu bukannya end kt Cape Jarvis, lepas2 Noarlunga je. Pastu kene ikut jalan biasa, tapi coz kami nak singgah2 kt beberapa tempat, so perjalanan agak lamalah sedikit.

B4 sampai ke Cape Jarvis, singgah kejap kt Aldinga Beach, saje jenguk2.

Yang ni plak, gambar mama n fitry kt ...(bacalah sign board tu..), actually, kat bawah belakang tu ada macam ampangan air, ala macam ampangan kt sepanjang jalan nak ke ulu yam tu, cuma jenis pokok kat sini lainlah sikit...pokok pine, n nice scenery.

Ni dah nak sampai Cape Jarvis, tak caye? tengoklah papan tanda kt atas tu.., dalam 2km je lagi kot

Ni dah sampailah kt terminal feri ke Kangaroo Island, Cape Jarvis. Kt belakang tulah ferinya, Sealink.

Ni pun sekitar terminal tu jugak, tempat ni bukanlah besar n best sangat pun, just terminal feri je. Takde kedai2 or pekan pun kat sini.

Ni pun tempat yang sama gak.
Ni plak aksi org gian nak mancing, on da way nak balik, kami singgahlah kejap kt Rapid Bay, tempat ni best for camping. Tapi ombak kuat n tinggi...bahaya tuk mandi esp this seasson.
Dapat ikan ke..abah oii....?
Camne nak dapat ikan, campak je umpan n mata kail tu datang balik coz ombak kuat tolak ia balik ke pantai...hehehe...
Ni plak, fitry tengah jalan2 di pesisiran pantai yang sama di Rapid Bay.

Ni mama n fitry...on da way keluar dari Rapid Bay

Wednesday, July 30, 2008

Happy Birthday


Yazaidi pada 27 Julai 2008.
Pada hari yang sama kenduri tahlil bagi arwah ayah dan fizi diadakan di Ampang.

Monday, July 14, 2008

Happy Birthday 2 U, Happy birthday 2u...Happy birthday to ein, amoi, asha n mak...Happy Birthday 2 U...

Happy Birthday buat semua kelahiran Julai:





Azrin Fitry Iziana @ E-in yang ke 11




Asha Sharmila @ Asha yang ke 8 pada 7 Julai 2008



Azmera Fitry Iliana @ Amoi yang ke 8 pada 15 Julai 2008




Fatimah Jaafar, Nenek Fitry..@ Ibu Mertuaku...pada 12 Julai 2008

Wednesday, July 9, 2008

Minggu cuti sekolah

Minggu ni fitry cuti sekolah (term 2 school holiday).

Takdelah pegi mana2 tuk cuti2 coz mama sibuk ngan appointment, abah lak keje pagi petang..sabar je lah ye fitry..
Tapi takpe, cam biasa, cuti sekolah boleh main PS2.
Ape lagi dia main PS2 je lah, tapi kene ikut jadual yang mama buat...hehehe.


Kadang2 bila weekend tu, abah tak keje petang, boleh gak layan kt Port Noarlunga, ape lagi....fishing la...


Seronok gak mancing situ coz banyak ikan selain dari Bream. Port Noarlunga ni muara laut, so kene ikut jadual air pasang surutlah kalau nak mancing. Kitorg ade jadual air pasang surut tu, ambik free dari salah satu kedai alatan mancing 'Get One'. Kalau mancing sini kene datang dalam 2 jam sebelum air pasang baru best...


Ni lah antara koleksi ikan yg berjaya kitorg naikkan di Pt Noarlunga


Selalunye dapat ikan Mullet, Whiting King George, Salmon trout, Tommy ruff dan spesis yg selalu dapat kt Westlakes, si ikan Bream.
Tapi syok lagi mancing sini compare ngan Westlakes or Port Adelaide, coz ikan sini sedap...tak hanyir maybe sebab dia datang direct dari laut kot.